Saturday, May 29, 2010

hukum lafaz niat sebelum nak solat



Salam.
Saya ada terbaca satu artikel yang menarik dikongsi bersama..
Dimana perkara yang selalu berlegar di fikiran dari semasa ke semasa
ketika melihat pelbagai ragam orang mengankat tangan (takbiratul ihram) ketika memulakan solat.. sy nmpk susah betul nak mulakan solat..



[Apa hukum lafaz niat sebelum nak solat?]

Dalam buku "Formula Solat Sempurna" dinyatakan dalil dan pandangan imam-imam mazhab berkenaan dengan masalah lafaz niat sebelum takbiratul ihram.

Namun di sini, untuk memudahkan pembaca saya cuma memetik kesimpulan yang dibuat oleh penulis, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, setelah meneliti pandangan-pandangan imam mazhab berdasarkan dalil sahih dari Al-Quran dan hadis.

Petikan dari halaman 32 buku 'Formula Solat Sempurna'

Kesimpulan :

i) Bagi sesiapa yang tidak diganggu oleh perasaan waswas, maka amalan yang paling baik ialah memulakan solat tanpa niat secara berlafaz kerana tiada sebarang dalil yang menyebut demikian. Lalu ia telah keluar daripada khilaf yang mengatakan tentang berlafaz ini lebih baik.

ii) Bagi individu yang mempunyai masalah sukar hadir hati untuk niat, bolehlah mereka melafazkan niat sekiranya diyakini ia dapat membantu hadir hati dan bukannya menambahkan waswas.

iii) Bagi mereka yang mengamalkan ýlafaz niatý janganlah tersilap sangka bahawa ia adalah kewajiban. Adapun tentang anggapan bahawa amalan ini sebagai bidaah, maka penulis bersama Syeikh Atiyyah Saqar tidak bersetuju dalam menganggapnya bidaah kerana ia ialah satu perbuatan sebelum bermulanya solat, iaitu di luar solat. Bidaah ialah mencipta ibadah yang terkeji. Maka dalam hal lafaz niat ini, ia dilakukan sebelum solat bermula. Namun ia boleh menjadi kesalahan atau bidaah jika terdapat individu yang mengatakannya wajib atau kemestian dan batal solat tanpa lafaz niat. Wallahu alam.

*petikan teks dari std e-comm ump oleh En. AIDIL SHAFIZA BIN SAFIEE ..






-Gambar 'paras' takbiratul ihram yang betul.. kita lihat btul2..amal dgn betul..


Saya teringat pesan ustaz dalam suatu ceramah tu,
'mudahkan niat tu, memadai hanya dengan lintaskan dalam hati'..
so, kita boleh memudahkan solat kita dengan memudahkan cara niat..
maka mudahlah untuk solat..jgn bebankan cara niat,maka terasa bebanlah utk solat.. Wallahu alam.

Saturday, May 1, 2010

Pemeriksaan Bas Pekan





Salam,
Pada hari jumaat pukul 9.00am bertarikh 30 APRIL 2010,
pihak mpm bersama pihak JPPH telah membuat pemeriksaan
terhadap bas yang digunakan untuk ke kampus PEKAN.Sayang sekali sebahagian bas telah dihantar ke Kuala Lumpur bagipenambah baikan / servis, kami dapat memeriksa selain daripada itu sahaja.




Dalam pemeriksaan bas-bas tersebut setakat ini tiada yang ada di dalam list aduan,
dan kebanyakannya dalam keadaan tiada masalah. Cuma ada 2 bas yang mempunyai
masalah pada kerusi dan tempat penutup pada lantai bas sudah pun dikenal pasti dan
diadukan kepada pihak pengurusan bas pada masa tersebut juga.