Sunday, October 31, 2010

[MPM] BANTUAN KEWANGAN DERMASISWA DAN BIASISWA FELDA HOLDINGS

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,

seperti sedia maklum di facebook MPP UMP 09/10 dan memo e-comm,

suka kami mengingatkan lagi mengenai bantuan kewangan untuk mahasiswa ump pada masa sekarang.


Disini ada makluman terkini,untuk makluman semua

3 biasiswa telah dikeluarkan untuk mahasiswa/i UMP.

Berikut adalah biasiswa yang dikeluarkan :


1.Dermasiswa

Berikut adalah kriteria yang disenaraikan :


- keputusan akademik yang cemerlang, 3.00 keatas, atau
- latar belakang keluarga mempunyai kekangan kewangan/kurang mampu, atau
- tidak terikat dengan mana-mana penaja (atau mempunyai masalah PTPTN), atau
- pelajar-pelajar extend, atau
- pelajar P1/P2


sila berikan nama yang mempunyai ciri-ciri diatas kepada saya (Nur Azura Karjanto,013-5925612) atau Naqib (Mohammad Naqib Amirul bin Abdul Rashid,013-7930892) sebelum

4 November 2010.

Temuduga akan dijalankan pada minggu seterusnya,akan dimaklumkan. Sila ambil perhatian pada MEMO,

facebook mpp ump 09/10.



2. Anugrah Biasiswa Felda Holding Bulkers SDN BHD.
-pelajar jurusan Kimia,Kejuruteraan
Kimia,Logistik n Teknologi Marin.

Biasiswa Felda Holding Buckery akan ditutup pada 20 november 2010 dan borang permohonan boleh ambil pada Nur Azura-Exco Kebajikan l, di pejabat mpp.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus atau melalui sms,
email ; azura_mpp@ump.edu.my (Nur Azura) / naqib_mpp@ump.edu.my (Naqib Amirul)

Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan atau penambahan maklumat.

Sekian harap maklum.


Yang menjalankan tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
Exco Kebajikan Mahasiswa ll
MPP UMP 2009/2010

Saturday, October 23, 2010

[MPM] ADUAN KEROSAKAN KOLEJ KEDIAMAN

Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera,
suka saya mengingatkan kembali kepada mahasiswa mahasiswi yang cakna dan 'peduli' tentang prosedur membuat aduan di kolej kediaman selepas waktu pejabat dan pada hari cuti. Ia juga untuk pada hari bekerja juga. Bagi aduan biasa seperti kerosakan tombol, kerosakan paip dan sebagainya, aduan boleh dibuat melalui e-community pelajar secara atas talian samada pada hari bekerja atau pada hari cuti.




ADUAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Jika aduan dibuat selepas waktu pejabat atau pada hari cuti, aduan akan diterima hari bekerja berikutnya. Aduan pelajar akan disalurkan kepada pihak JPPH untuk tindakan pembaikian. Tempoh pembaikian adalah bergantung kepada jenis kerosakan. Mohon juga kerjasama pelajar untuk menyatakan kerosakan secara tepat kerana ia juga mempengaruhi proses tindakan yang diambil. Sila kenalpasti secara tepat jenis kerosakan kerana terdapat sesetengah item yang rosak tidak dapat dikenalpasti oleh penglihatan seperti tombol tidak boleh dikunci dari dalam atau sebagainya. Dengan maklumat yang tepat, ini akan membantu memudahkan pihak JPPH untuk menjalankan kerja-kerja pembaikian.


KES KECEMASAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Bagi kes-kes kecemasan seperti masalah elektrik (black out), ketiadaan air, masalah kesihatan dan sebagainya, pelajar perlu segera melaporkan kepada felo di kolej kediaman.

i) KEROSAKAN ELEKTRIK (BLACK OUT) PADA WAKTU MALAM DAN HARI CUTI
Bagi kerosakan elektrik (black out) pada waktu malam, pembaikian tidak akan dilakukan pada malam tersebut, namun ianya akan di baiki pada hari keesokkannya. Sila laporkan aduan kepada felo di kolej.

ii) MASALAH KESIHATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Bagi semua kes kesihatan, pelajar diwajibkan untuk berhubung dengan felo untuk tindakan selanjutnya. Pelajar tidak dibenarkan berhubung secara terus dengan Pusat Kesihatan UMP tanpa melalui felo.


iii) TERTINGGAL KUNCI DI DALAM BILIK
Sekiranya pelajar menghadapi masalah tertinggal kunci di dalam bilik, pelajar boleh merujuk felo untuk mendapatkan kunci. Pelajar adalah dilarang sama sekali memanjat tingkap atau merosakkan tombol pintu. Caj kecuaian sebanyak RM5 akan dikenakan.



Sebarang hal,aduan berkaitan dengan Keloj Kediaman, boleh berjumpa terus atau lalui PEKA kolej masing-masing atau wakil PEKA kolej anda.
Sekian harap maklum.





Monday, October 11, 2010

[MPM] KAFE BARU

Assalamu'alaikum wbt, selamat sejahtera.
Mengenai isu perpindahan kafe di UMP PEKAN baru-baru ini,
kami dalam proses berbincang semeja dgn pihak pentadbiran untuk smpaikan pandangan-pandangan para mahasiswa yang kami terima.
Antara beberapa perkara yang kami dapati kafe baru tidak berapa efektif lagi untuk dijalankan berbanding kafe sementara yang terdapat di luar kafe fakulti dimana yang kami dimaklumkan kafe baru dapat memasak dan sekaligus menyelesaikan masalah yang terdapat di kafe sementara,iaitu kekurangan lauk pada waktu kemuncak dan selepas tengah hari serta kelambatan service. InsyaAllah perkembangan terbaru kami akan memaklumkan secara rasmi di blog MPM.
Sekian,
Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll
MPP UMP 2009/2010


'hidup untuk berbakti,sampaikan pandangan sebagai mahasiswa intelektual'

Thursday, October 7, 2010

[UMP PEKAN] COURT FUTSAL

Assalamua'alaikum wbt,
untuk pengetahuan dan perkongsian kepada rakan2 di UMP PEKAN,
selepas soal jawab yang berlaku antara saya dengan sorg yg mrupakan pegawai tinggi satu jabatan berkaitan dgn kebajikan pelajar,
court futsal dalam testing weeks selama 3minggu,dimana lagi 2minggu
insyaAllah jika tiada aral melintang dan tapak courtfutsal stabil untuk digunakan oleh rakan2 sekalian, ia dapat digunakan..
kita xboleh terburu2 utk menggunakannya skrg,jika tapaknya rosak, ia akan memakan masa
yang lama lagi untuk dibaik pulih. oleh itu kita doakan dan beri kerjasama supaya court futsal itu
siap sedia digunakan sepenuhnya.
untuk kemudahan sukan kolej kediaman, jabatan tersebut dalam pembelian serentak kemudahan2 seperti meja pingpong,tiang basketball, bola, indoor game dan sbgnya. dalam 2mggu insyaAllah akan diperolehinya.
Tentang kemudahan sukan dan hal berkaitan kolej kediaman, sila hubungi biro sukan kolej kediaman dan wakil kolej kediaman.

Yang Menjalankan Tugas,

Mohammad Naqib Amirul B Abdul Rashid
Exco Kebajikan Mahasiswa ll
MPP UMP 2009/2010

Tuesday, October 5, 2010

[MPP] Speaker azan di surau KK5

Assalamua'alaikum wbt,
Alhamdulillah akhirnya surau KK5 di blog B bakal mempunyai speaker untuk kegunaan surau tersebut.
Sekarang dalam proses pemasangan dan mohon mahasiswa KK5 berhati-hati dan beri kerjasama bagi pemasangan speaker tersebut.


Diharapkan dengan kemudahan tersebut aktiviti dan program di surau lebih mudah dan selesa dijalankan.
Sekian untuk makluman.