Thursday, July 29, 2010

[Kampus Pekan] Servis terkini Kedai Runcit BKSS

Assalamua’alaikum wbt dan selamat sejahtera,

Berita baik buat penghuni KK5 Kampus Pekan,
bagi kemudahan penghuni KK5 yang kebanyakannya siswa/i tahun akhir, kini perkhidmatan binding, photostate,laminate, telah mula diusahakan oleh kedai runcit BKSS.
Tambahan juga, perkhidmatan photostate dan printing(black&white) ada disediakan di Perpustakaan kampus Pekan.
Sekian.
Terima Kasih.


Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Monday, July 19, 2010

Solat Jumaat di Kampus Pekan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, PIPI (Pusat Islam dan Pembangunan Insan) dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan solat Jumaat di Kampus Pekan. Oleh yang demikian, bas akan disediakan kepada mahasiswa-mahasiswa muslim untuk solat Jumaat mulai pukul 12.30 tengah hari bertempat di bas stop hadapan FKEE. Kepada mahasiswi atau mahasiswa-mahasiswi nonmuslim, anda perlu menaiki bas mengikut jadual yang ditetapkan. Sebarang perubahan jadual waktu kelas samada sementara (kelas batal dan habis awal), ketua seksyen atau wakil untuk kelas tersebut perlu memaklumkan terus kepada Pn. Norshalawati (FKM) 09-4242202 / 017-9385040 , En. Abd. Aziz (FKEE) 09-4242034/017-3298301 dengan segera bagi pengaturan bas mengikut keadaan tersebut.

Sila maklumkan segera tahun,kos, bilangan mahasiswa-mahasiswi yang terlibat,waktu kelas yang sepatutnya dan yang telah berubah.

Selagi belum menghubungi perkara tersebut kepada fakulti masing-masing,dan tidak dinyatakan sebarang tindakan, mahasiswa-mahasiswi diminta tidak menaiki bas yang sedang berada di hadapan bas stop bagi mengelakkan kekurangan atau ketiadaan bas pada waktu puncak terutama pada waktu tengahari hari jumaat.
Sila maklumkan dengan kadar segera.

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

[Ralat] Perpustakaan Kampus Pekan

Asslamua'alikum wbt dan salam sejahtera,
untuk pengetahuan siswa/i kampus pekan,
perkhidmatan perpustakaan pada waktu malam tidak disediakan buat masa ini.
Sekian harap maklum.

**Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, waktu operasi perpustakaan kampus Pekan akan dilanjutkan sehingga pukul 10.00pm bagi kemudahan mahasiswa-mahasiswi sekalian.**
Mahasiswa-mahasiswi diingatkan untuk mematuhi etika pemakaian dan etika tingkah laku di dalam ruang perpustakaan untuk keselesaan bersama.

(*post sebelum ini)

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Jaduan Kelas (Kampus Pekan)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, sebarang perubahan jadual waktu kelas samada sementara (kelas batal untuk minggu depan dan lain-lain) atau pun perubahan kekal untuk sepanjang semester ini, ketua seksyen atau wakil untuk kelas tersebut perlu memaklumkan terus kepada Pn. Norshalawati (FKM) 09-4242202 / 017-9385040 , En. Abd. Aziz (FKEE) 09-4242034/017-3298301 dengan segera bagi pengaturan bas mengikut keadaan tersebut.
Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Bantuan zakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman,borang bantuan zakat oleh BIMB kepada mahasiswa-mahasiswi UMP yang memerlukan ada di pejabat JHEPA di kampus Gambang, dan di pejabat KK5 di kampus Pekan. Anda boleh mendapatkanya pada waktu pejabat di tempat masing-masing.
Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada staf yang menjaga di kaunter tersebut.

Temuduga akan dilaksanakan pada awal semester dan akhir semester.

Tambahan juga, kepada mahasiswa-mahasiswi yang ingin mendapatkan nasihat atau perbincangan dengan kaunselor UMP, anda boleh membuat temu janji melalui e-comm. Kepada mahasiswa-mahasiswi yang menetap di Pekan juga boleh membuat temu janji di kampus Pekan dengan menyatakan perkara tersebut.
Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10