Monday, July 19, 2010

Solat Jumaat di Kampus Pekan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, PIPI (Pusat Islam dan Pembangunan Insan) dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan solat Jumaat di Kampus Pekan. Oleh yang demikian, bas akan disediakan kepada mahasiswa-mahasiswa muslim untuk solat Jumaat mulai pukul 12.30 tengah hari bertempat di bas stop hadapan FKEE. Kepada mahasiswi atau mahasiswa-mahasiswi nonmuslim, anda perlu menaiki bas mengikut jadual yang ditetapkan. Sebarang perubahan jadual waktu kelas samada sementara (kelas batal dan habis awal), ketua seksyen atau wakil untuk kelas tersebut perlu memaklumkan terus kepada Pn. Norshalawati (FKM) 09-4242202 / 017-9385040 , En. Abd. Aziz (FKEE) 09-4242034/017-3298301 dengan segera bagi pengaturan bas mengikut keadaan tersebut.

Sila maklumkan segera tahun,kos, bilangan mahasiswa-mahasiswi yang terlibat,waktu kelas yang sepatutnya dan yang telah berubah.

Selagi belum menghubungi perkara tersebut kepada fakulti masing-masing,dan tidak dinyatakan sebarang tindakan, mahasiswa-mahasiswi diminta tidak menaiki bas yang sedang berada di hadapan bas stop bagi mengelakkan kekurangan atau ketiadaan bas pada waktu puncak terutama pada waktu tengahari hari jumaat.
Sila maklumkan dengan kadar segera.

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

No comments: