Thursday, September 30, 2010

[UMP PEKAN] Kiblat Surau KK5

Assalamu'alaikum wbt,


seperti yang sedia maklum oleh mahasiswa sekalian,

surau di FKM telah pun mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan sokongan dari Jabatan Mufti Negeri Pahang, dengan secara langsungnya arah kiblat surau di FKM telah disahkan oleh pihak berkenaan.




Namun demikian, surau di KK5 belum lagi disahkan arah kiblatnya.

Dengan itu, MPP dengan kerjasama mahasiswa dan jemaah surau telah membuat perbandingan arah kiblat antara surau di FKM dengan surau di KK5. dan didapati sedikit sebanyak terdapat kekhilafan arah kiblat surau di KK5,dan ia telah dibetulkan.




Untuk mengetahuan mahasiswa, pihak MPP telah lama memohon dalam mesyuarat pada awal JULY 2010 yang lalu kepada pihak JHEPA dan dipersetujui dalam mesyuarat tersebut,namun belum ada tindakan lagi. oleh itu, tindakan awal dari MPP dengan Mahasiswa diambil bagi membetulkan arah kiblat surau KK5 sebelum arah kiblat yang disahkan oleh pihak Jabatan Agama dilaksanakan.


Sekian untuk makluman.

No comments: