Thursday, November 25, 2010
[MPM] Penghuni KK5
[MPM] Penangguhan Kursus Persidangan Senat Mahasiswa
Assalamu'alikum wbt dan salam sejahtera,
perhatian kepada kelab/persatuan UMP,Kursus Persidangan Senat Mahasiswa yang dirancang
untuk diadakan pada bulan Disember 2010 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.
Pemakluman terkini mengenai kursus ini akan kami maklumkan dari masa
ke semasa.
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian untuk makluman.
dipetik dari e-comm bertarikh 25 November 2010,poeted by ZAINON BINTI MOHD ALI, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ; http://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/cms/announcement/entry/view.jsp?ref=68931
RALAT : [MPM] BAS GAMBANG-PEKAN 29 & 30 NOVEMBER 2010
Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,
TERDAPAT SEDIKIT PERUBAHAN PADA WAKTU BERTOLAK DAN TEMPAT MENUNGGU BAS,
perhatian kepada mahasiswa/i tahun akhir Sarjana Muda FKM dan FKEE yang akan ke UMP PEKAN bagi tujuan pembentangan Projek Sarjana Muda 2 (PSM 2), MPP dengan kerjasama JPPH akan menyediakan bas seperti jadual berikut :
UMP GAMBANG – PEKAN
TARIKH/HARI | MASA BERTOLAK | TEMPAT MENUNGGU |
29 NOVEMBER 2010 (ISNIN) 30 N0VEMBER 2010 (SELASA) | 7.00 pagi | DEPAN MASJID |
UMP PEKAN-GAMBANG
TARIKH/HARI | MASA BERTOLAK | TEMPAT MENUNGGU |
29 NOVEMBER 2010 (ISNIN) 30 N0VEMBER 2010 (SELASA) | 5.30 petang | PERHENTIAN BAS UMP PEKAN BERHADAPAN FKM |
Dari Gambang:
Mahasiswa/i dinasihatkan untuk menunggu bas pada 30minit sebelum waktu bertolak yang dinyatakan.
Perubahan atau penambahan jadual akan dimaklumkan segera, dan sila ambil perhatian.
Sekian.
Yang Menjalankan Tugas,
Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll
MPP UMP 2009/2010
[MPM] PENERIMA DERMA SISWA
untuk pengetahuan mahasiswa/i, senarai nama penerima derma siswa ump telah dikeluarkan di announcement e-comm. Senarai nama tersebut boleh muat turun atau download di announcement tersebut.
Mohon semak segera bagi mengelakkan announcement tersebut habis tempoh paparan. Jika terlambat untuk membuat semakan, boleh bertanya kepada Saudara Naqib Amirul (MPP Kebajikan Mahasiswa ll)- 013 7930892, atau terus berjumpa dengan Pn. Kamalia di JHEPA Gambang.
Bagi pengetahuan penerima derma siswa, wang bantuan tersebut adalah untuk bantuan bayaran yuran pengajian.
Bantuan tersebut diutamakan untuk pembayaran yuran. Dimana derma siswa ini akan dipotong terdahulu sebelum PTPTN dipotong untuk pembayaran yuran saudara/i. Setelah kesemua amount dermasiswa habis dipotong untuk yuran pengajian, PTPTN akan dipotong untuk baki yuran pengajian yang berbaki sekiranya yuran tersebut masih ada untuk dilunaskan. Baki daripada PTPTN yang masih berbaki itu akan dimasukkan pada account Bank Islam saudara/i.
Sekian.
Yang Menjalankan Tugas,
Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN BAHASISWA ll
MPP UMP 09/10
Wednesday, November 10, 2010
[MPM] PENAMBAHBAIKAN KAFE KK5
Friday, November 5, 2010
[MPM] BAS STUDY WEEK 8-25 NOV 2010
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,
mahasiswa/i UMP PEKAN dan GAMBANG sekalian,Adalah dimaklumkan kepada para pelajar bahawa pergerakan
bas sepanjang minggu Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2010/2011 iaitu dari 8 November hingga 25 November 2010 adalah seperti jadual berikut:
10.00 pagi : Dari UMP Kampus Gambang ke UMP Pekan
1.00 petang : Dari UMP Pekan ke UMP Kampus Gambang
2.00 petang : Dari UMP Kampus Gambang ke UMP Pekan
5.00 petang : Dari UMP Pekan ke UMP Kampus Gambang
Pergerakan bas ini mengambilkira keperluan pelajar untuk datang berjumpa Pensyarah/Penasihat Akademik dan mengulangkaji pelajaran di Perpustakaan.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.
Jika terdapat perubahan akan dimaklumkan.
Sekian untuk makluman.
dari e-comm : http://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/memo.jsp?action=folders&type=&memoID=186459278&sort=memoDate&order=desc&folderID=1