Wednesday, November 10, 2010

[MPM] PENAMBAHBAIKAN KAFE KK5

Assalamua'laikum wbt dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, keadaan kafeteria KK5 telah pun dinaik taraf setelah sekian lama selepas operasi penuh KK5 bermula pada bulan July 2010 yang lalu. Permohonan diperbaiki bumbung kafeteria KK5 agar selasa terutama bila cuaca hujan di UMP Pekan kini menampakkan hasil.
Sepertimana mahasiswa/i UMP Pekan yang menghuni KK5 sedia maklum,di kafeteria telah dipasang bumbung extend di tepi bumbung kafeteria.
Sekarang masih lagi dalam proses penambahbaikan dan penambahan di sekitar
kafeteria.
Oleh yang demikian, mohon mahasiswa/i ambil perhatian dan berhati-hati ketika pergi ke kafeteria KK5 dan sekitarnya.

MPP UMP 2009/2010 berdoa dan mengucapkan selamat menjawab Final Exam,
dan berhati-hati di minggu Final Exam ini agar tidak berlaku perkara tidak diingini.

Sekian.


Yang menjalankan tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll
MPP UMP 2009/2010

No comments: