keputusan bagi permohonan kolej kediaman UMP Pekan dan kampus Gambang bagi sesi semester baru (SEM 2 09/10) telah dikeluarkan hari ini. Kesemua senarai mahasiswa/i yang berjaya ditawarkan tempat boleh didapati di e-comm ump.
Seramai 23orang untuk kampus Gambang, dan 173orang mahasiswa/i untuk PEKAN (KK5) telah diluluskan. Bagi kolej kediaman 5, UMP PEKAN, kelulusan permohonan pelajar adalah untuk luar kampus, pertukaran kolej kediaman, permohonan dari pelajar Latihan Industri dan permohonan dari pelajar extend.
Bagi pelajar yang membuat permohonan pertukaran kolej kediaman, sila ambil borang anda di Pejabat Kolej Kediaman 5 bagi proses pendaftaran keluar dari kolej asal sebelum membuat proses pendaftaran masuk ke KK5. Manakala, bagi permohonan dari pelajar Latihan Industri dan pelajar extend perlu membuat proses pendaftaran keluar kolej kediaman (sekiranya ada pertukaran bilik mengikut senarai kelulusan yang dilampirkan) sebelum membuat proses pendaftaran masuk kolej kediaman 5.
Untuk perhatian mahasiswa/i, tarikh pendaftaran masuk ke kolej kediaman yang ditetapkan adalah pada 3 Januari 2011 ( Isnin) dan tempoh pendaftaran adalah 14hari dari tarikh yang telah ditetapkan.
Bagi semakan nama-nama yang berjaya ditempatkan di Kolej Kediaman di kedua-dua kampus : http://community.ump.edu.my/ecommstaff/sites/default/library/subfolders/10369/1/SENARAI_PENEMPATAN_PELAJAR_KK5_MENGIKUT_FAKULTI_SEM_2_SESI_20102011.xls
(PEKAN) atau , http://community.ump.edu.my/ecommstaff/sites/default/library/folders/2521/1/2SENARAI_PELAJAR_YANG_DILULUSKAN_MENGINAP.pdf
(Gambang) .
Sekian untuk makluman.
yang menjalankan tugas,
Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
Exco Kebajikan Mahasiswa ll
MPP UMP 2009/2010
No comments:
Post a Comment