Monday, January 17, 2011

PTPTN : Pengesahan kelompok ke-2

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,
dimaklumkan bahawa pihak PTPTN masih belum selesai menjalankan aktiviti penutupan akaun bagi tahun 2010 yang menyebabkan pengemaskinian status tidak dapat dilakukan pada ketika ini.
Sehubungan dengan itu, terdapat perubahan pada jadual bayaran bagi pelajar lama semester 2 2010/2011 (pengesahan kelompok ke 2 ) yang sebelum ini dijadualkan pada 25 Januari 2011 (Selasa).
Pihak kami dimaklumkan bahawa, bayaran dijangkakan masuk ke akaun pelajar adalah selewat-lewatnya pada 28 Januari 2011 (Jumaat ). Pihak kami berharap agar semua pelajar yang terlibat dapat bersabar dan segala kesulitan amat dikesali.

Sekian harap maklum.


yang menjalankan tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid

Exco Kebajikan Mahasiswa ll

MPP UMP 09/10

No comments: