Tuesday, January 4, 2011

TEMUDUGA BANTUAN KEWANGAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011

Assalamu'alaikum dan salamsejahtera,

dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan mengadakan satu temuduga Bantuan Kewangan Zakat kepada pelajar – pelajar Universiti Malaysia Pahang yang layak.


Syarat-syarat yang ditetapkan:-

- Beragama Islam

- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,000.00 @

- Ibu atau bapa atau kedua-duanya telah meninggal dunia @

- Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah OKU @

- Ibu atau bapa atau kedua-duanya adalah penerima bantuan JKM @

- Pelajar tidak mendapat apa-apa tajaan pelajaran.


Sehubungan dengan itu, pelajar – pelajar yang melepasi syarat diatas adalah dipelawa untuk memohon bantuan tersebut. Borang permohonan boleh didapati di kaunter JHEPA.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 07 Januari 2011 (Jumaat) jam 5.00 petang di kaunter JHEPA. Maklumat temuduga seperti dibawah .

Tarikh : 10 Januari 2011
Masa : 5.00-7.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat JHEPA

Pelajar yang layak untuk ditemuduga akan dihubungi melalui telefon bimbit & announcement. Borang yang diterima selepas 07 Januari 2011 akan diproses pada kelompok yang berikutnya.


Sekian.

No comments: