Wednesday, December 29, 2010

[MPM] Kemudahan Sukan Di Kompleks Sukan UMP kampus Gambang

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

untuk makluman mahasiswa/i, penggunaan kemudahan sukan seperti Gelanggang Badminton, Gelanggang Skuasy

dan Meja Ping Pong telah dibuka kepada warga UMP pada 27hb Disember 2010. Sehubungan dengan itu, diminta para

pengguna dapat menggunakan Sistem E-Tempahan sebelum kemudahan tersebut digunakan bagi mengelakkan

pertindihan penggunaan .


Berikut adalah kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti :


BAGI KAKITANGAN UMP (STAFF)

Bil

Jenis Kemudahan

Kadar Bayaran

Per Jam/Per Kemudahan

1.

Gelanggang Badminton

RM 5.00

1 Jam /

1 Gelanggang

2.

Gelanggang Skuasy

RM 5.00

1 Jam /

1 Gelanggang

3.

Meja Ping Pong

RM 5.00

1 Jam /

1 Meja

BAGI MAHASISWA/I & MAHASISWA/I ANTARABANGSA UMP

Bil

Jenis Kemudahan

Kadar Bayaran

Per Jam/Per Kemudahan

1.

Gelanggang Badminton

RM 1.00

1 Jam /

1 Gelanggang

2.

Gelanggang Skuasy

RM 1.00

1 Jam /

1 Gelanggang

3.

Meja Ping Pong

RM 1.00

1 Jam /

1 Meja

MASA PENGGUNAAN & STAF MENGIKUT HARI

HARI

MASA

STAF YANG BERTUGAS

ISNIN

17:00 – 19:00

20:00 – 22:00

CIK FIFI MAIZURA 0134263956

ENCIK MOHD FARID

019 9568286

SELASA

17:00 – 19:00

20:00 – 22:00

ENCIK MUHAMMAD ZAIDI

013 6523238

ENCIK KAIRUS

013 9782650

RABU

17:00 – 19:00

20:00 – 22:00

ENCIK ABU SUFIAN

012 5796012

PUAN NURUL INTAN

012 9484561

KHAMIS

17:00 – 19:00

20:00 – 22:00

ENCIK NOR AZAZI

017 9125936

PUAN NURFAZILAH

019 9707481

JUMAAT

17:00 – 19:00

20:00 – 22:00

ENCIK KHAIRUL JASRI

019 9467964

ENCIK MOHAMAD AZIZI

013 9300897

SABTU

10:00 – 19:00

20:00 – 22:00

NOR ADZIZI

012 9576930

AHAD & HARI KELEPASAN AM

CUTI

STAF AKAN BERTUGAS JIKA ADA PROGRAM UNIVERSITI SAHAJA

Mahasiswa/i boleh memaklumkan kepada staf yang bertugas dengan kadar segera jika terdapat sebarang pertukaran atau pemansuhan tempahan bagi memudahkan pihak pusat sukan menyediakan Staf Tunggu Sedia pada waktu yang telah diminta oleh para pengguna (bergantung kepada relevan permintaan).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Kemudahan Sukan, Pusat Sukan UMP (3215/8060).


e-comm : http://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/cms/announcement/entry/view.jsp?ref=69918


Sekian, harap maklum.



yang menjalankan tugas,


Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid

Exco Kebajikan Mahasiswa ll

MPP UMP 2009/2010

Monday, December 27, 2010

[MPM] Keputusan Permohonan Kolej Kediaman Gambang & Pekan

Assalamu'alaikum wbt dan Salam sejahtera,
keputusan bagi permohonan kolej kediaman UMP Pekan dan kampus Gambang bagi sesi semester baru (SEM 2 09/10) telah dikeluarkan hari ini. Kesemua senarai mahasiswa/i yang berjaya ditawarkan tempat boleh didapati di e-comm ump.

Seramai 23orang untuk kampus Gambang, dan 173orang mahasiswa/i untuk PEKAN (KK5) telah diluluskan. Bagi kolej kediaman 5, UMP PEKAN, kelulusan permohonan pelajar adalah untuk luar kampus, pertukaran kolej kediaman, permohonan dari pelajar Latihan Industri dan permohonan dari pelajar extend.

Bagi pelajar yang membuat permohonan pertukaran kolej kediaman, sila ambil borang anda di Pejabat Kolej Kediaman 5 bagi proses pendaftaran keluar dari kolej asal sebelum membuat proses pendaftaran masuk ke KK5. Manakala, bagi permohonan dari pelajar Latihan Industri dan pelajar extend perlu membuat proses pendaftaran keluar kolej kediaman (sekiranya ada pertukaran bilik mengikut senarai kelulusan yang dilampirkan) sebelum membuat proses pendaftaran masuk kolej kediaman 5.

Untuk perhatian mahasiswa/i, tarikh pendaftaran masuk ke kolej kediaman yang ditetapkan adalah pada 3 Januari 2011 ( Isnin) dan tempoh pendaftaran adalah 14hari dari tarikh yang telah ditetapkan.

Bagi semakan nama-nama yang berjaya ditempatkan di Kolej Kediaman di kedua-dua kampus : http://community.ump.edu.my/ecommstaff/sites/default/library/subfolders/10369/1/SENARAI_PENEMPATAN_PELAJAR_KK5_MENGIKUT_FAKULTI_SEM_2_SESI_20102011.xls
(PEKAN) atau , http://community.ump.edu.my/ecommstaff/sites/default/library/folders/2521/1/2SENARAI_PELAJAR_YANG_DILULUSKAN_MENGINAP.pdf
(Gambang) .

Sekian untuk makluman.


yang menjalankan tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
Exco Kebajikan Mahasiswa ll
MPP UMP 2009/2010

Thursday, November 25, 2010

[MPM] Penghuni KK5

Assalamua'alaikum dan salam sejahtera,
perhatian kepada mahasiswa/i yang menghuni di KK5 UMP PEKAN yang akan menjalani LATIHAN INDUSTRI di kawasan Pekan yang ingin menginap di KK5 sepanjang tempoh LI tersebut, sila hadir ke Pejabat Asrama KK5 bagi urusan permohonan.

Untuk mahasiswa/i yang extend, sila memo kepada HANUM BINTI ABDUL HALIM ,butiran berikut:

Nama :
No. ID :
No. Bilik :
Dinasihatkan untuk membuat proses tersebut dengan kadar segera mengelakkan kesulitan yang akan berlaku kelak.

Sekian, untuk makluman.



[MPM] Penangguhan Kursus Persidangan Senat Mahasiswa

Assalamu'alikum wbt dan salam sejahtera,

perhatian kepada kelab/persatuan UMP,Kursus Persidangan Senat Mahasiswa yang dirancang

untuk diadakan pada bulan Disember 2010 akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan

dimaklumkan kemudian.

Pemakluman terkini mengenai kursus ini akan kami maklumkan dari masa

ke semasa.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian untuk makluman.


dipetik dari e-comm bertarikh 25 November 2010,poeted by ZAINON BINTI MOHD ALI, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ; http://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/cms/announcement/entry/view.jsp?ref=68931


RALAT : [MPM] BAS GAMBANG-PEKAN 29 & 30 NOVEMBER 2010

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,


TERDAPAT SEDIKIT PERUBAHAN PADA WAKTU BERTOLAK DAN TEMPAT MENUNGGU BAS,


perhatian kepada mahasiswa/i tahun akhir Sarjana Muda FKM dan FKEE yang akan ke UMP PEKAN bagi tujuan pembentangan Projek Sarjana Muda 2 (PSM 2), MPP dengan kerjasama JPPH akan menyediakan bas seperti jadual berikut :



UMP GAMBANG – PEKAN

TARIKH/HARI

MASA BERTOLAK

TEMPAT MENUNGGU

29 NOVEMBER 2010

(ISNIN)


30 N0VEMBER 2010

(SELASA)

7.00 pagi

DEPAN MASJID


UMP PEKAN-GAMBANG

TARIKH/HARI

MASA BERTOLAK

TEMPAT MENUNGGU

29 NOVEMBER 2010

(ISNIN)


30 N0VEMBER 2010

(SELASA)

5.30 petang

PERHENTIAN BAS UMP PEKAN BERHADAPAN FKM


Dari Gambang:

Mahasiswa/i dinasihatkan untuk menunggu bas pada 30minit sebelum waktu bertolak yang dinyatakan.



Perubahan atau penambahan jadual akan dimaklumkan segera, dan sila ambil perhatian.

Sekian.



Yang Menjalankan Tugas,


Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid

EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll

MPP UMP 2009/2010

[MPM] PENERIMA DERMA SISWA

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,
untuk pengetahuan mahasiswa/i, senarai nama penerima derma siswa ump telah dikeluarkan di announcement e-comm. Senarai nama tersebut boleh muat turun atau download di announcement tersebut.

Mohon semak segera bagi mengelakkan announcement tersebut habis tempoh paparan. Jika terlambat untuk membuat semakan, boleh bertanya kepada Saudara Naqib Amirul (MPP Kebajikan Mahasiswa ll)- 013 7930892, atau terus berjumpa dengan Pn. Kamalia di JHEPA Gambang.

Bagi pengetahuan penerima derma siswa, wang bantuan tersebut adalah untuk bantuan bayaran yuran pengajian.
Bantuan tersebut diutamakan untuk pembayaran yuran. Dimana derma siswa ini akan dipotong terdahulu sebelum PTPTN dipotong untuk pembayaran yuran saudara/i. Setelah kesemua amount dermasiswa habis dipotong untuk yuran pengajian, PTPTN akan dipotong untuk baki yuran pengajian yang berbaki sekiranya yuran tersebut masih ada untuk dilunaskan. Baki daripada PTPTN yang masih berbaki itu akan dimasukkan pada account Bank Islam saudara/i.

Sekian.



Yang Menjalankan Tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN BAHASISWA ll
MPP UMP 09/10

Wednesday, November 10, 2010

[MPM] PENAMBAHBAIKAN KAFE KK5

Assalamua'laikum wbt dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, keadaan kafeteria KK5 telah pun dinaik taraf setelah sekian lama selepas operasi penuh KK5 bermula pada bulan July 2010 yang lalu. Permohonan diperbaiki bumbung kafeteria KK5 agar selasa terutama bila cuaca hujan di UMP Pekan kini menampakkan hasil.
Sepertimana mahasiswa/i UMP Pekan yang menghuni KK5 sedia maklum,di kafeteria telah dipasang bumbung extend di tepi bumbung kafeteria.
Sekarang masih lagi dalam proses penambahbaikan dan penambahan di sekitar
kafeteria.
Oleh yang demikian, mohon mahasiswa/i ambil perhatian dan berhati-hati ketika pergi ke kafeteria KK5 dan sekitarnya.

MPP UMP 2009/2010 berdoa dan mengucapkan selamat menjawab Final Exam,
dan berhati-hati di minggu Final Exam ini agar tidak berlaku perkara tidak diingini.

Sekian.


Yang menjalankan tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll
MPP UMP 2009/2010

Friday, November 5, 2010

[MPM] BAS STUDY WEEK 8-25 NOV 2010

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,

mahasiswa/i UMP PEKAN dan GAMBANG sekalian,

Adalah dimaklumkan kepada para pelajar bahawa pergerakan

bas sepanjang minggu Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2010/2011 iaitu dari 8 November hingga 25 November 2010 adalah seperti jadual berikut:



10.00 pagi : Dari UMP Kampus Gambang ke UMP Pekan


1.00 petang : Dari UMP Pekan ke UMP Kampus Gambang


2.00 petang : Dari UMP Kampus Gambang ke UMP Pekan


5.00 petang : Dari UMP Pekan ke UMP Kampus Gambang



Pergerakan bas ini mengambilkira keperluan pelajar untuk datang berjumpa Pensyarah/Penasihat Akademik dan mengulangkaji pelajaran di Perpustakaan.


Jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

Jika terdapat perubahan akan dimaklumkan.

Sekian untuk makluman.



dari e-comm : http://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/memo.jsp?action=folders&type=&memoID=186459278&sort=memoDate&order=desc&folderID=1

Sunday, October 31, 2010

[MPM] BANTUAN KEWANGAN DERMASISWA DAN BIASISWA FELDA HOLDINGS

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,

seperti sedia maklum di facebook MPP UMP 09/10 dan memo e-comm,

suka kami mengingatkan lagi mengenai bantuan kewangan untuk mahasiswa ump pada masa sekarang.


Disini ada makluman terkini,untuk makluman semua

3 biasiswa telah dikeluarkan untuk mahasiswa/i UMP.

Berikut adalah biasiswa yang dikeluarkan :


1.Dermasiswa

Berikut adalah kriteria yang disenaraikan :


- keputusan akademik yang cemerlang, 3.00 keatas, atau
- latar belakang keluarga mempunyai kekangan kewangan/kurang mampu, atau
- tidak terikat dengan mana-mana penaja (atau mempunyai masalah PTPTN), atau
- pelajar-pelajar extend, atau
- pelajar P1/P2


sila berikan nama yang mempunyai ciri-ciri diatas kepada saya (Nur Azura Karjanto,013-5925612) atau Naqib (Mohammad Naqib Amirul bin Abdul Rashid,013-7930892) sebelum

4 November 2010.

Temuduga akan dijalankan pada minggu seterusnya,akan dimaklumkan. Sila ambil perhatian pada MEMO,

facebook mpp ump 09/10.



2. Anugrah Biasiswa Felda Holding Bulkers SDN BHD.
-pelajar jurusan Kimia,Kejuruteraan
Kimia,Logistik n Teknologi Marin.

Biasiswa Felda Holding Buckery akan ditutup pada 20 november 2010 dan borang permohonan boleh ambil pada Nur Azura-Exco Kebajikan l, di pejabat mpp.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus atau melalui sms,
email ; azura_mpp@ump.edu.my (Nur Azura) / naqib_mpp@ump.edu.my (Naqib Amirul)

Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan atau penambahan maklumat.

Sekian harap maklum.


Yang menjalankan tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
Exco Kebajikan Mahasiswa ll
MPP UMP 2009/2010

Saturday, October 23, 2010

[MPM] ADUAN KEROSAKAN KOLEJ KEDIAMAN

Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera,
suka saya mengingatkan kembali kepada mahasiswa mahasiswi yang cakna dan 'peduli' tentang prosedur membuat aduan di kolej kediaman selepas waktu pejabat dan pada hari cuti. Ia juga untuk pada hari bekerja juga. Bagi aduan biasa seperti kerosakan tombol, kerosakan paip dan sebagainya, aduan boleh dibuat melalui e-community pelajar secara atas talian samada pada hari bekerja atau pada hari cuti.




ADUAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Jika aduan dibuat selepas waktu pejabat atau pada hari cuti, aduan akan diterima hari bekerja berikutnya. Aduan pelajar akan disalurkan kepada pihak JPPH untuk tindakan pembaikian. Tempoh pembaikian adalah bergantung kepada jenis kerosakan. Mohon juga kerjasama pelajar untuk menyatakan kerosakan secara tepat kerana ia juga mempengaruhi proses tindakan yang diambil. Sila kenalpasti secara tepat jenis kerosakan kerana terdapat sesetengah item yang rosak tidak dapat dikenalpasti oleh penglihatan seperti tombol tidak boleh dikunci dari dalam atau sebagainya. Dengan maklumat yang tepat, ini akan membantu memudahkan pihak JPPH untuk menjalankan kerja-kerja pembaikian.


KES KECEMASAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Bagi kes-kes kecemasan seperti masalah elektrik (black out), ketiadaan air, masalah kesihatan dan sebagainya, pelajar perlu segera melaporkan kepada felo di kolej kediaman.

i) KEROSAKAN ELEKTRIK (BLACK OUT) PADA WAKTU MALAM DAN HARI CUTI
Bagi kerosakan elektrik (black out) pada waktu malam, pembaikian tidak akan dilakukan pada malam tersebut, namun ianya akan di baiki pada hari keesokkannya. Sila laporkan aduan kepada felo di kolej.

ii) MASALAH KESIHATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI CUTI
Bagi semua kes kesihatan, pelajar diwajibkan untuk berhubung dengan felo untuk tindakan selanjutnya. Pelajar tidak dibenarkan berhubung secara terus dengan Pusat Kesihatan UMP tanpa melalui felo.


iii) TERTINGGAL KUNCI DI DALAM BILIK
Sekiranya pelajar menghadapi masalah tertinggal kunci di dalam bilik, pelajar boleh merujuk felo untuk mendapatkan kunci. Pelajar adalah dilarang sama sekali memanjat tingkap atau merosakkan tombol pintu. Caj kecuaian sebanyak RM5 akan dikenakan.



Sebarang hal,aduan berkaitan dengan Keloj Kediaman, boleh berjumpa terus atau lalui PEKA kolej masing-masing atau wakil PEKA kolej anda.
Sekian harap maklum.





Monday, October 11, 2010

[MPM] KAFE BARU

Assalamu'alaikum wbt, selamat sejahtera.
Mengenai isu perpindahan kafe di UMP PEKAN baru-baru ini,
kami dalam proses berbincang semeja dgn pihak pentadbiran untuk smpaikan pandangan-pandangan para mahasiswa yang kami terima.
Antara beberapa perkara yang kami dapati kafe baru tidak berapa efektif lagi untuk dijalankan berbanding kafe sementara yang terdapat di luar kafe fakulti dimana yang kami dimaklumkan kafe baru dapat memasak dan sekaligus menyelesaikan masalah yang terdapat di kafe sementara,iaitu kekurangan lauk pada waktu kemuncak dan selepas tengah hari serta kelambatan service. InsyaAllah perkembangan terbaru kami akan memaklumkan secara rasmi di blog MPM.
Sekian,
Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

Mohammad Naqib Amirul Bin Abdul Rashid
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll
MPP UMP 2009/2010


'hidup untuk berbakti,sampaikan pandangan sebagai mahasiswa intelektual'

Thursday, October 7, 2010

[UMP PEKAN] COURT FUTSAL

Assalamua'alaikum wbt,
untuk pengetahuan dan perkongsian kepada rakan2 di UMP PEKAN,
selepas soal jawab yang berlaku antara saya dengan sorg yg mrupakan pegawai tinggi satu jabatan berkaitan dgn kebajikan pelajar,
court futsal dalam testing weeks selama 3minggu,dimana lagi 2minggu
insyaAllah jika tiada aral melintang dan tapak courtfutsal stabil untuk digunakan oleh rakan2 sekalian, ia dapat digunakan..
kita xboleh terburu2 utk menggunakannya skrg,jika tapaknya rosak, ia akan memakan masa
yang lama lagi untuk dibaik pulih. oleh itu kita doakan dan beri kerjasama supaya court futsal itu
siap sedia digunakan sepenuhnya.
untuk kemudahan sukan kolej kediaman, jabatan tersebut dalam pembelian serentak kemudahan2 seperti meja pingpong,tiang basketball, bola, indoor game dan sbgnya. dalam 2mggu insyaAllah akan diperolehinya.
Tentang kemudahan sukan dan hal berkaitan kolej kediaman, sila hubungi biro sukan kolej kediaman dan wakil kolej kediaman.

Yang Menjalankan Tugas,

Mohammad Naqib Amirul B Abdul Rashid
Exco Kebajikan Mahasiswa ll
MPP UMP 2009/2010

Tuesday, October 5, 2010

[MPP] Speaker azan di surau KK5

Assalamua'alaikum wbt,
Alhamdulillah akhirnya surau KK5 di blog B bakal mempunyai speaker untuk kegunaan surau tersebut.
Sekarang dalam proses pemasangan dan mohon mahasiswa KK5 berhati-hati dan beri kerjasama bagi pemasangan speaker tersebut.


Diharapkan dengan kemudahan tersebut aktiviti dan program di surau lebih mudah dan selesa dijalankan.
Sekian untuk makluman.

Thursday, September 30, 2010

[UMP PEKAN] Kiblat Surau KK5

Assalamu'alaikum wbt,


seperti yang sedia maklum oleh mahasiswa sekalian,

surau di FKM telah pun mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan sokongan dari Jabatan Mufti Negeri Pahang, dengan secara langsungnya arah kiblat surau di FKM telah disahkan oleh pihak berkenaan.




Namun demikian, surau di KK5 belum lagi disahkan arah kiblatnya.

Dengan itu, MPP dengan kerjasama mahasiswa dan jemaah surau telah membuat perbandingan arah kiblat antara surau di FKM dengan surau di KK5. dan didapati sedikit sebanyak terdapat kekhilafan arah kiblat surau di KK5,dan ia telah dibetulkan.




Untuk mengetahuan mahasiswa, pihak MPP telah lama memohon dalam mesyuarat pada awal JULY 2010 yang lalu kepada pihak JHEPA dan dipersetujui dalam mesyuarat tersebut,namun belum ada tindakan lagi. oleh itu, tindakan awal dari MPP dengan Mahasiswa diambil bagi membetulkan arah kiblat surau KK5 sebelum arah kiblat yang disahkan oleh pihak Jabatan Agama dilaksanakan.


Sekian untuk makluman.

Friday, September 24, 2010

[UMP Pekan] SOLAT JUMAAT PERTAMA KALI DI UMP PEKAN

Assalamua'laikum wbt dan Selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah, warga UMP Pekan telah mengadakan solat jumaat di surau FKM buat pertama kali dengan lancarnya.
Jelas terpancar kegembiraan dan keriangan setiap mahasiswa dan staf yang menghadiri solat jumaat yang di imamkan oleh Ustz. Hazmi B. Dibok,pegawai PIPI UMP.
Sekian, untuk makluman.

Thursday, September 23, 2010

[UMP PEKAN] Tempat pemeriksaan akhir 09/10

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman mahasiswa/i UMP Pekan,
anda dikehendaki menyemak lokasi pemeriksaan mengikut jadual pemeriksaan akhir semester 1 2010/2011 yang akan dikeluarkan semula pada 29 SEPTEMBER 2010, insyaAllah.
Di minta hadir ke kaunter pentadbiran FKM untuk memaklumkan pembetulan lokasi dan subjek yang terlibat sekiranya ada.



LOKASI PEPERIKSAAN DI UMP, PEKAN
  1. BTP1 – bilik Taklimat project 1 (di FKM)
  2. BTP 2 – bilik Taklimat project 1 (di FKM)
  3. BTP 3 – bilik Taklimat project 3 (di FKM)
  4. BTP 4 – bilik Taklimat project 4 ( di FKEE)
  5. BTP 5 – Bilik taklimat project 5 (di FKEE)
  6. BTP 6 – bilik taklimat project 6 (di FKEE)
  7. DPM – Dewan peperiksaan Mekanikal (Bilik kecemerlangan automotif), Grd floor, blok admin
Sekian untuk makluman.





yang menjalankan tugas,

MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA II
MPP UMP 09/10

Wednesday, September 8, 2010

[UMP Pekan] SOLAT JUMAAT

Assalamua'laikum wbt,

berita baik buat mahasiswa di UMP Pekan,

kini surau di FKM telah mendapat kelulusan untuk mendirikan solat Jumaat.

Kelulusan ini adalah dari pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan

sokongan dari Jabatan Mufti Negeri Pahang.


Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI) UMP akan menjalankan aktiviti ibadah Solah Jumaat di Surau di FKM ini pada 17hb Sept atau 24hb Sept 2010 mengikut keadaan.


Alhamdulillah berkat doa, usaha semua dan keberkatan bulan Ramadhan,

urusan solah Jumaat di UMP Pekan menjadi mudah.

Semoga dengan ini warga UMP Pekan dapat menjalankan ibadah solah Jumaat dengan selesa dan taat.




Sekian untuk makluman.


*http://std-comm.ump.edu.my/ecommstudent/cms/announcement/entry/view.jsp?ref=65189



Yang menjalankan tugas,

_____________________
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA ll (PEKAN)

MPP UMP 09/10
MPP UMP 09/10

Thursday, July 29, 2010

[Kampus Pekan] Servis terkini Kedai Runcit BKSS

Assalamua’alaikum wbt dan selamat sejahtera,

Berita baik buat penghuni KK5 Kampus Pekan,
bagi kemudahan penghuni KK5 yang kebanyakannya siswa/i tahun akhir, kini perkhidmatan binding, photostate,laminate, telah mula diusahakan oleh kedai runcit BKSS.
Tambahan juga, perkhidmatan photostate dan printing(black&white) ada disediakan di Perpustakaan kampus Pekan.
Sekian.
Terima Kasih.


Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Monday, July 19, 2010

Solat Jumaat di Kampus Pekan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, PIPI (Pusat Islam dan Pembangunan Insan) dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan solat Jumaat di Kampus Pekan. Oleh yang demikian, bas akan disediakan kepada mahasiswa-mahasiswa muslim untuk solat Jumaat mulai pukul 12.30 tengah hari bertempat di bas stop hadapan FKEE. Kepada mahasiswi atau mahasiswa-mahasiswi nonmuslim, anda perlu menaiki bas mengikut jadual yang ditetapkan. Sebarang perubahan jadual waktu kelas samada sementara (kelas batal dan habis awal), ketua seksyen atau wakil untuk kelas tersebut perlu memaklumkan terus kepada Pn. Norshalawati (FKM) 09-4242202 / 017-9385040 , En. Abd. Aziz (FKEE) 09-4242034/017-3298301 dengan segera bagi pengaturan bas mengikut keadaan tersebut.

Sila maklumkan segera tahun,kos, bilangan mahasiswa-mahasiswi yang terlibat,waktu kelas yang sepatutnya dan yang telah berubah.

Selagi belum menghubungi perkara tersebut kepada fakulti masing-masing,dan tidak dinyatakan sebarang tindakan, mahasiswa-mahasiswi diminta tidak menaiki bas yang sedang berada di hadapan bas stop bagi mengelakkan kekurangan atau ketiadaan bas pada waktu puncak terutama pada waktu tengahari hari jumaat.
Sila maklumkan dengan kadar segera.

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

[Ralat] Perpustakaan Kampus Pekan

Asslamua'alikum wbt dan salam sejahtera,
untuk pengetahuan siswa/i kampus pekan,
perkhidmatan perpustakaan pada waktu malam tidak disediakan buat masa ini.
Sekian harap maklum.

**Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, waktu operasi perpustakaan kampus Pekan akan dilanjutkan sehingga pukul 10.00pm bagi kemudahan mahasiswa-mahasiswi sekalian.**
Mahasiswa-mahasiswi diingatkan untuk mematuhi etika pemakaian dan etika tingkah laku di dalam ruang perpustakaan untuk keselesaan bersama.

(*post sebelum ini)

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Jaduan Kelas (Kampus Pekan)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Untuk makluman, sebarang perubahan jadual waktu kelas samada sementara (kelas batal untuk minggu depan dan lain-lain) atau pun perubahan kekal untuk sepanjang semester ini, ketua seksyen atau wakil untuk kelas tersebut perlu memaklumkan terus kepada Pn. Norshalawati (FKM) 09-4242202 / 017-9385040 , En. Abd. Aziz (FKEE) 09-4242034/017-3298301 dengan segera bagi pengaturan bas mengikut keadaan tersebut.
Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Bantuan zakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman,borang bantuan zakat oleh BIMB kepada mahasiswa-mahasiswi UMP yang memerlukan ada di pejabat JHEPA di kampus Gambang, dan di pejabat KK5 di kampus Pekan. Anda boleh mendapatkanya pada waktu pejabat di tempat masing-masing.
Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada staf yang menjaga di kaunter tersebut.

Temuduga akan dilaksanakan pada awal semester dan akhir semester.

Tambahan juga, kepada mahasiswa-mahasiswi yang ingin mendapatkan nasihat atau perbincangan dengan kaunselor UMP, anda boleh membuat temu janji melalui e-comm. Kepada mahasiswa-mahasiswi yang menetap di Pekan juga boleh membuat temu janji di kampus Pekan dengan menyatakan perkara tersebut.
Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,
MOHAMMAD NAQIB AMIRUL BIN ABDUL RASHID
Exco Kebajikan ll (PEKAN)
MPP UMP 09/10

Saturday, May 29, 2010

hukum lafaz niat sebelum nak solat



Salam.
Saya ada terbaca satu artikel yang menarik dikongsi bersama..
Dimana perkara yang selalu berlegar di fikiran dari semasa ke semasa
ketika melihat pelbagai ragam orang mengankat tangan (takbiratul ihram) ketika memulakan solat.. sy nmpk susah betul nak mulakan solat..



[Apa hukum lafaz niat sebelum nak solat?]

Dalam buku "Formula Solat Sempurna" dinyatakan dalil dan pandangan imam-imam mazhab berkenaan dengan masalah lafaz niat sebelum takbiratul ihram.

Namun di sini, untuk memudahkan pembaca saya cuma memetik kesimpulan yang dibuat oleh penulis, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, setelah meneliti pandangan-pandangan imam mazhab berdasarkan dalil sahih dari Al-Quran dan hadis.

Petikan dari halaman 32 buku 'Formula Solat Sempurna'

Kesimpulan :

i) Bagi sesiapa yang tidak diganggu oleh perasaan waswas, maka amalan yang paling baik ialah memulakan solat tanpa niat secara berlafaz kerana tiada sebarang dalil yang menyebut demikian. Lalu ia telah keluar daripada khilaf yang mengatakan tentang berlafaz ini lebih baik.

ii) Bagi individu yang mempunyai masalah sukar hadir hati untuk niat, bolehlah mereka melafazkan niat sekiranya diyakini ia dapat membantu hadir hati dan bukannya menambahkan waswas.

iii) Bagi mereka yang mengamalkan ýlafaz niatý janganlah tersilap sangka bahawa ia adalah kewajiban. Adapun tentang anggapan bahawa amalan ini sebagai bidaah, maka penulis bersama Syeikh Atiyyah Saqar tidak bersetuju dalam menganggapnya bidaah kerana ia ialah satu perbuatan sebelum bermulanya solat, iaitu di luar solat. Bidaah ialah mencipta ibadah yang terkeji. Maka dalam hal lafaz niat ini, ia dilakukan sebelum solat bermula. Namun ia boleh menjadi kesalahan atau bidaah jika terdapat individu yang mengatakannya wajib atau kemestian dan batal solat tanpa lafaz niat. Wallahu alam.

*petikan teks dari std e-comm ump oleh En. AIDIL SHAFIZA BIN SAFIEE ..






-Gambar 'paras' takbiratul ihram yang betul.. kita lihat btul2..amal dgn betul..


Saya teringat pesan ustaz dalam suatu ceramah tu,
'mudahkan niat tu, memadai hanya dengan lintaskan dalam hati'..
so, kita boleh memudahkan solat kita dengan memudahkan cara niat..
maka mudahlah untuk solat..jgn bebankan cara niat,maka terasa bebanlah utk solat.. Wallahu alam.